- JBS Sarawak
- Hits: 29
PROGRAM INSPIRE i-TALENT PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026 BERLANGSUNG JAYANYA
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan oleh: MCG, PBSB Kapit
KAPIT, 11 Jun 2026 – Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Kapit Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Light House of Kapit hari ini dengan penglibatan seramai 30 orang peserta Orang Kurang Upaya (OKU) yang menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung.
Program dimulakan dengan majlis ucapan aluan yang disampaikan oleh Encik Rawing Anak Uking, Pegawai Unit Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Sarawak. Seterusnya, para peserta telah diberikan taklimat ringkas mengenai objektif dan pelaksanaan program sebelum menjalani beberapa aktiviti yang telah disusun.
Program Inspire i-Talent merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk mengenal pasti, mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi sukan dalam kalangan komuniti OKU, di samping memberi pendedahan kepada peluang pembangunan sukan yang lebih luas pada masa hadapan.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kapit serta para guru dari SMK Kapit atas kerjasama padu, sokongan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program murni ini.
Semoga program ini terus menjadi platform terbaik dalam mencungkil bakat dan potensi sukan terpendam dalam kalangan komuniti OKU di Bahagian Kapit serta melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa akan datang.
#JBSNKomited
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#TeamJBSN
#TeamKBS
#PBSBKAPIT
