- JBS Sarawak
- Hits: 30
Delegasi Jepun Tinjau Persiapan Untuk Persinggahan Kapal SSEAYP 2027
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KUCHING, 12 Jun 2026 – Bandaraya Kuching, Sarawak menjadi tumpuan program antarabangsa apabila menerima kunjungan rasmi daripada delegasi kerajaan Jepun baru-baru ini. Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk menilai secara teliti tahap persediaan bagi penganjuran fasa “Port of Call” (POC) untuk Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP).
Mengikut perancangan, siri pelayaran belia merentas sempadan ini dijadualkan mula berlepas dari Tokyo pada 5 Januari 2027. Kapal berkenaan kemudiannya akan membuat persinggahan rasmi di Pelabuhan Senari, Kuching selama dua hari, bermula dari 19 hingga 20 Januari 2027.
Bagi memastikan kelancaran logistik dan pengisian program kelak, rombongan delegasi berkenaan telah dibawa membuat tinjauan tapak di beberapa destinasi strategik. Pemantauan fasiliti ini merangkumi pusat kebudayaan serta institusi pendidikan tempatan seperti Borneo Cultures Museum, Kampung Budaya Sarawak, Sekolah Seni Malaysia Sarawak, dan Centre of Technology Excellence Sarawak (CENTEX).
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSNSarawak
