Taklimat Dan Cabut Undi Kejohanan Bola Tampar Lelaki LSK Mukah 2026

Taklimat Dan Cabut Undi Kejohanan Bola Tampar Lelaki LSK Mukah 2026

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 12 JUN 2026 – Taklimat pengurus pasukan dan cabutan undi Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Mukah 2026 telah diadakan pada 11 Jun 2026 pukul 2.30 petang bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Taklimat ringkas program telah disampaikan oleh Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan taklimat teknikal telah dikendalikan oleh jawatankuasa teknikal kejohanan. 

Sebanyak 10 pasukan akan beraksi dalam kejohanan yang akan berlangsung pada 13 Jun 2026 bertempat di Dewan Terbuka SJKC Chong Boon Mukah. Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai RM 500.00 beserta pingat dan sijil penyertaan bagi pasukan yang mendapat johan. Manakala naib johan dan tempat ketiga bersama masing-masing akan membawa balik hadiah wang tunai RM 300.00 dan RM 200.00 beserta pingat dan sijil. Pasukan yang merangkul johan dan naib johan akan mewakili bahagian Mukah bagi meneruskan saingan ke peringkat Sarawak yang akan diadakan pada 18 Julai 2026.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search