- JBS Sarawak
- Hits: 19
Kunjungan Hormat JBSN Sarawak Kepada Pemimpin Tempatan Tellian
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 11 JUN 2026 – Puan Hafizah Dahlan, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama rombongan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Khidmat Masyarakat Yang Berhormat Tuan Royston Bin Valentine ADUN N.57 Tellian pada 11 Jun 2026. Kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada beliau program Fiesta Rakan Muda @ Mukah yang akan dilaksanakan pada 27-28 Jun 2026 di UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah dan program-program terkini jabatan.
Selain itu, kehadiran para pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak adalah untuk menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan beliau dalam program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini. Turut hadir semasa kunjungan hormat ialah Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Pihak jabatan mengharapkan hubungan baik dan kerjasama erat bersama pihak Yang Berhormat akan diteruskan pada masa mendatang.
