- JBS Sarawak
- Hits: 24
Kunjungan Hormat JBSN Sarawak Ke Pejabat Residen Bahagian Mukah
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 11 JUN 2026 – Puan Hafizah Dahlan, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Residen Bahagian Mukah pada 11 Jun 2026. Rombongan telah disambut mesra oleh Yang Berbahagia Tuan Shafrie Saili, Pemangku Residen Bahagian Mukah bersama para pegawai di Pejabat Residen Mukah. Kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada Tuan Pemangku Residen dan para pegawai berkenaan Program Fiesta Rakan Muda @ Mukah yang akan dilaksanakan pada 27-28 Jun 2026 di UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah.
Beliau serta para pegawai turut mendengar taklimat berkenaan perancangan program serta penglibatan pelbagai aktiviti mengikut 10 gaya hidup rakan muda sedia ada. Selain itu, perbincangan tersebut menjurus juga kepada gerak kerja jabatan bersama Pejabat Residen Bahagian Mukah untuk kelancaran dan kejayaan program. Fiesta Rakan Muda @ Mukah akan menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik yang memfokuskan penglibatan golongan belia berumur 15-30 tahun. Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama Pejabat Residen Mukah dalam bersama-sama membantu untuk menjayakan program yang akan dilaksanakan nanti.
