- JBS Sarawak
- Hits: 29
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong Hadir Majlis Pra Peluncuran Pameran Raja Kita Sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong Ke-Xvii Peringkat Sarawak 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan oleh: Az, JBSNS
BETONG, 11 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong (PBSB Betong) telah menghadiri Majlis Perasmian Pameran Raja Kita bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak Tahun 2026 yang berlangsung di Perkarangan Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.
Pameran tersebut dijadualkan berlangsung selama empat hari bermula 11 hingga 14 Jun 2026 dan menghimpunkan pelbagai pameran serta aktiviti yang mengetengahkan warisan, budaya dan keunikan makanan tempatan kepada masyarakat setempat serta pengunjung.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Gerald Rentap Rabu, Timbalan Menteri Pembangunan Belia dan Sukan Sarawak. Selesai upacara perasmian, beliau turut mengadakan lawatan ke ruang-ruang pameran yang memaparkan latar belakang institusi diraja, sejarah kerabat diraja serta pelbagai koleksi peralatan dan kelengkapan yang digunakan di istana.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong turut berpeluang untuk mengenali dan mempelajari lebih lanjut tentang institusi diraja serta menyemai rasa bangga terhadap negara.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#JBSNSarawak
#pbsbetong
