- JBS Sarawak
- Hits: 21
Program Inspire i-talent 2026 Bahagian Betong Cungkil Bakat Sukan Golongan OKU
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh: Az, JBSNS
BETONG, 11 Jun 2026 – Program Inspire iTalent 2026 Bahagian Betong telah berjaya dilaksanakan pada 9 Jun 2026 bertempat di Dewan Kampung Baru Betong dengan penyertaan golongan orang kurang upaya (OKU) sekitar Bahagian Betong.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong ini dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Bola Tampar Taman Satria, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Betong, PPDK Saratok, SMK Datuk Patinggi Kedit serta SK Abang Abdul Kadir.
Penganjuran program ini bertujuan untuk mengenal pasti bakat dan potensi asas sukan dalam kalangan golongan OKU di samping menggalakkan penyertaan mereka secara aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Melalui program ini, para peserta diberi peluang menjalani beberapa aktiviti penilaian dan pendedahan sukan yang bersesuaian dengan keupayaan masing-masing.
Program tersebut turut mendapat bantuan dan khidmat kepakaran daripada Encik Dennis anak Dempi dan Encik Rawing anak Uking, Pegawai Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) yang berperanan dalam mengendalikan aktiviti serta penilaian bakat peserta.
Penganjuran Program Inspire iTalent 2026 ini diharap dapat menjadi platform untuk melahirkan lebih ramai atlet OKU yang berpotensi mewakili bahagian, negeri dan negara pada masa hadapan, selain memupuk gaya hidup sihat serta meningkatkan keyakinan diri peserta.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, rakan strategik, sukarelawan serta peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
#TeamKBS
#TeamKBS
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#JBSNSarawak
#pbsbetong
