- JBS Sarawak
- Hits: 40
Bahang Merebut Gelaran Juara Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Bahagian Betong Semakin Terasa
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Disediakan oleh : NZS, JBSN Sarawak
BETONG, 9 JUN 2026 – Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Bahagian Betong akan diadakan pada 13 Jun 2026 (Sabtu) bertempat di Gelanggang Bola Jaring, SMK (BM) Saratok. Kejohanan ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dan Mixter Netball Club.
Sebagai persiapan awal, satu mesyuarat pengurus pasukan dan sesi cabutan undi telah diadakan pada 8 Jun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan Betong. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Radzi bin Hamdan, wakil Mixter Netball Club dan turut hadir bersama ialah Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Program LSK ini merupakan platform kepada pembudayaan sukan yang menyeluruh dan menjadi penghargaan dan pengiktirafan kepada masyarakat. Sebanyak 16 kuota telah dibuka kepada pasukan bola jaring di bahagian Betong untuk menyertai kejohanan tersebut.
Semoga setiap pasukan yang akan terlibat nanti bermain dengan penuh semangat kesukanan, perpaduan serta harmoni dan sekaligus dapat meningkatkan lagi prestasi sukan bola jaring tempatan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
