- JBS Sarawak
- Hits: 20
Kelab Rakan Muda Betong Bersedia Menyahut Cabaran
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh : NZS, JBSN Sarawak
BETONG, 5 JUN 2026 – Kelab Rakan Muda (KRM) Betong telah sah berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan sesi penyerahan sijil perakuan pendaftaran kelab telah diadakan pada 29 Mei 2026 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Salah satu matlamat penubuhan KRM adalah sebagai rakan pelaksana bagi aktiviti 10 Gaya Hidup Rakan Muda di peringkat akar umbi sekaligus memupuk perkembangan holistik belia.
Penyerahan sijil perakuan pendaftaran telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong, Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi’ie kepada saudara Mohamad Achis bin Abdullah selaku Pengerusi Kelab Rakan Muda Betong. Majlis ringkas penyerahan ini turut disertakan dengan khidmat nasihat berkaitan pengurusan, mesyuarat agung dan pelaporan kelab.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada KRM Betong. Semoga dengan penubuhan kelab ini dapat menarik minat ramai kalangan belia untuk membina jati diri, mengasah kemahiran insaniah dan meluaskan jaringan sosial melalui pelbagai aktiviti membina.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
