- JBS Sarawak
- Hits: 34
12 Pasukan Bakal Bersaing di Kejohanan Bola Jaring LSK Mukah Tahun Ini
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 11 JUN 2026 – Taklimat pengurus pasukan dan cabutan undi bola jaring wanita bagi Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Mukah 2026 telah diadakan pada 10 Jun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Mukah. Liga Sukan Komuniti Bahagian Mukah akan dilaksanakan pada 13 Jun 2026. Taklimat pengurus pasukan dan cabut undi telah dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa Majestic Netball Club dan Jawatankuasa Teknikal yang terlibat.
Sebanyak 12 pasukan akan beraksi dalam Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Mukah pada 13 Jun 2026 ini di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah. Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai RM 500.00 beserta pingat dan sijil penyertaan bagi pasukan yang mendapat johan. Manakala naib johan dan tempat ketiga bersama masing-masing akan membawa balik hadiah wang tunai RM 300.00 dan RM 200.00 beserta pingat dan sijil. Pasukan yang mendapat johan dan naib johan akan meneruskan saingan ke peringkat Sarawak yang akan diadakan pada 18 Julai 2026 nanti.
