- JBS Sarawak
- Hits: 25
PROGRAM i-TALENT PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI BERJAYA CUNGKIL BAKAT GOLONGAN ISTIMEWA
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
SARIKEI, 8 Jun 2026 – Program i-Talent Peringkat Bahagian Sarikei telah berjaya dilaksanakan pada 8 Jun 2026 dengan penyertaan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan pelajar berkeperluan khas dari sekitar Bahagian Sarikei. Program ini menghimpunkan peserta daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sarikei, PDK Pakan, PDK Julau, PDK Meradong, SMK Bandar Sarikei serta SMK Bandar Bintangor.
Penganjuran program ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada peserta bagi menyerlahkan bakat, potensi dan kreativiti dalam pelbagai bidang, di samping meningkatkan keyakinan diri serta menggalakkan penyertaan aktif mereka dalam aktiviti kemasyarakatan. Pelbagai persembahan dan aktiviti telah diadakan yang memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan kebolehan masing-masing dalam suasana yang positif dan inklusif.
Program i-Talent turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara peserta, guru pengiring, ibu bapa dan komuniti setempat. Selain itu, program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kebolehan dan potensi yang dimiliki oleh golongan OKU serta kepentingan mewujudkan persekitaran yang menyokong pembangunan mereka.
Secara keseluruhannya, Program i-Talent Peringkat Bahagian Sarikei telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkasakan golongan istimewa serta memberi peluang kepada mereka untuk terus berkembang dan menyumbang kepada masyarakat dan negara.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
