16 Pasukan Sedia Beraksi Dalam Kejohanan Futsal LSK Mukah 2026

16 Pasukan Sedia Beraksi Dalam Kejohanan Futsal LSK Mukah 2026

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

 

MUKAH, 10 JUN 2026 – Taklimat pengurus pasukan dan cabutan undi Kejohanan Futsal Liga Sukan Komunti Peringkat Bahagian Mukah 2026 telah diadakan pada 9 Jun 2026 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Taklimat dan cabutan undi tersebut telah dikendalikan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Nebulae Football Club sebagai penganjur dan jawatankuasa teknikal yang akan mengendalikan kejohanan tersebut. 

 

Sebanyak 16 pasukan lelaki akan merebut gelaran johan dan naib johan dalam kejohanan yang akan berlangsung pada 13 Jun 2026 Sabtu ini di Dewan Sukan Tertutup SSC Mukah. Pasukan yang mendapat johan dan naib johan akan meneruskan saingan ke peringkat negeri Sarawak di Kuching pada 18 Julai 2026. Para pemenang masing-masing akan membawa hadiah wang tunai RM500.00 johan, RM300.00 naib johan dan ketiga bersama RM200.00 beserta pingat.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search