- JBS Sarawak
- Hits: 40
PEGAWAI BELIA DAN SUKAN SARIKEI MENYANTUNI KUNJUNGAN HORMAT KELAB BOLASEPAK BINTANGOR
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 26 Mei 2026 : Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah menerima kunjungan hormat daripada Kelab Bolasepak Bintangor, bertempat di PKG Sarikei. Seramai 4 orang AJK Kelab Bolasepak Bintangor yang diketuai oleh Encik Dominic Amor. Turut serta ialah penaung kelab Encik Azmi bin Tambi dan Coach Jerraymond Tanny.
Perbincangan berkisar berkenaan pelan pembangunan bolasepak kelab disamping mengukuhkan kerjasama strategik antara kelab dan PBSB Sarikei.
Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei juga turut memberi taklimat berkenaan inisiatif Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ( The Duke of Edinburgh's International Award For Young People) sebagai satu inisiatif tambah nilai kepada pelatih bolasepak disamping untuk mendapatkan markah PAJSK di peringkat sekolah.
PBSB Sarikei berharap kerjasama strategik seperti ini akan dapat diperluaskan kepada semua NGO's belia & sukan di bahagian Sarikei.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
