- JBS Sarawak
- Hits: 25
PENILAIAN SECARA ATAS TALIAN CALON ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA DARI BAHAGIAN MIRI
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 8 JUN 2026 –Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menerima tiga pencalonan untuk dinilai bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) tahun 2026 peringkat negeri Sarawak dan telah selesai dinilai secara atas talian selama 2 hari bermula pada 25 Mei 2026.
Calon-calon yang hadir bagi sesi penilaian tersebut di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri ialah Encik Mohammad Aniq Ashwin bin Abuzar bagi kategori Individu lelaki manakala Kelab Belia Perkasa Taman Marina dan Kelab Belia Bestari Bandar Miri bagi kategori pertubuhan. Calon-calon dinilai dari segi prestasi dan penyertaan dalam kebajikan, pendidikan, program kepimpinan dan sahsiah serta kemahiran
berkomunikasi di peringkat komuniti, daerah, negeri mahupun antarabangsa sama ada secara individu mahupun persatuan sepanjang tahun 2025.
APBN yang mula diperkenalkan pada tahun 1988 bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia di Malaysia. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon APBN 2026.
