- JBS Sarawak
- Hits: 14
Perbincangan Pelaksanaan Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
SIBU, 22 Mei 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB Sibu) telah mengadakan satu sesi perbincangan penting bersama Encik Mu Adzam bin Has, Pegawai Kebajikan Bahagian Sibu bersama Puan Jowise anak Narok serta pasukan beliau bagi memantapkan persiapan pelaksanaan program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Sibu pada Selasa lepas.
Program yang dijadualkan berlangsung pada 10 Jun 2026 ini membawakan konsep jelajah (roadshow) yang akan bergerak merentasi seluruh Negeri Sarawak.
Tujuan utama program berskala besar ini adalah untuk mencungkil dan mengesan bakat (scouting talent) yang terpendam dalam kalangan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Melalui platform ini, potensi luar biasa mereka dapat diketengahkan dan diperkasakan ke peringkat yang lebih tinggi.
Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Kebajikan Bahagian Sibu dan semua pihak yang terlibat atas kerjasama strategik ini demi pembangunan modal insan yang inklusif!
#PBSBSibu #InspireiTalent2026 #JBSNBersama #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNKomited #jbssarawak
