- JBS Sarawak
- Hits: 13
Majlis Penyerahan Sijil Pendaftaran Rejang Slingshot Club Di PBSB Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
SIBU, 19 Mei 2026 – Industri sukan tempatan terus berkembang dengan penubuhan rasmi Rejang Slingshot Club selepas menerima Sijil Pendaftaran Badan Sukan di bawah Pesuruhjaya Sukan (PJS) hari ini.
Majlis penyerahan sijil tersebut telah berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB Sibu). Sijil pendaftaran di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 ini telah diserahkan secara rasmi oleh Pn. Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan diterima oleh Saudara Ahmad Fitri Nazmi Bin Abdul Rahim, Setiausaha Rejang Slingshot Club, sambil disaksikan oleh Saudara Muhammed Daud Bin Anua'ar, Penolong Setiausaha kelab.
Dengan penarafan rasmi ini, Rejang Slingshot Club kini sah diiktiraf sebagai sebuah badan sukan yang berdaftar.
Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa penaja Rejang Slingshot Club. Semoga kelab ini terus aktif memartabatkan sukan slingshot (lastik) ke peringkat yang lebih tinggi!
#PBSBSibu #KBSMalaysia #MalaysiaMadani #JBSNKomited #TeamJBSN #TeamKBS
