- JBS Sarawak
- Hits: 41
SAMBUTAN SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN TAHUN 2026 MERIAH DI SMK GEDONG
- JBS Sarawak
- Hits: 41
Disediakan oleh: FJ (JBSN Sarawak)
GEDONG, 13 Mei 2026 – Sambutan Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Samarahan Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah di SMK Gedong selaku tuan rumah program.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Rodiyah Sapiee. Turut hadir ialah Abu Zaid Abu Bakar, Hamdan Bujang, Jamain Wahab serta Hasbi Ancheh.
Sambutan yang membawa tema “Mengerak Belia” ini bertujuan memperkukuhkan semangat perpaduan, kepimpinan dan penglibatan aktif golongan belia dalam pembangunan komuniti.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung antaranya senaman aerobik, cabutan bertuah, taklimat ARPRM serta Konvoi Belia Samarahan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta dan masyarakat setempat.
Dalam ucapan perasmian, Rodiyah Sapiee berharap agar golongan belia terus aktif, berdaya saing dan memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan negara serta menjadi generasi yang berwawasan dan berintegriti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
