PROGRAM KEMBARA REKREASI 6.0

Disediakan oleh: NFS, JBSN Sarawak

11 MEI 2026 – Seramai 30 orang peserta telah menjayakan program Kembara Rekreasi 6.0 yang bertempat di Wong Beranggong, Abok Pulau Batu, Pantu Sri Aman dan berlangsung selama  dua hari.

Dalam program ini, para peserta telah didedahkan dengan beberapa aktiviti yang menarik, antaranya jungle trekking sepanjang 2.34 KM menuju ke Air terjun Wong Beranggong yang terletak di banjaran kelingkang.

Menyertai kembara ini ialah Encik Lamat Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan  Negeri Sarawak yang turut meluangkan masa 2 hari 1 malam bersama – sama peserta yang lain, sekaligus merasmikan majlis penutupan program tersebut.

Program ini dianjurkan oleh kelab Rekreasi Komuniti Petrajaya Kuching (KRKPT)

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search