Hadir Tanda Sokongan Kepada Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Sarawak

Hadir Tanda Sokongan Kepada Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Sarawak

Hadir Tanda Sokongan Kepada Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Sarawak
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 25 Mei 2026 – Pada 23 Mei 2026 bertempat di Redeem Centre, Singai Bau, pegawai-pegawai dari PBSB Kuching turut hadir bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Sarawak.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia serta diiringi Encik Lamat Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Sambutan Hari Belia Negara diadakan setiap tahun sebagai memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan belia yang telah menyumbang kepada pembangunan Negara.  Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut yang merangkumi 5 segmen utama; penciptaan dan peluang pekerjaan, kepimpinan dan kesukarelawanan, Malaysia aktif, inovasi dan digital serta kebudayaan, kesenian dan muzik.  Lebih daripada 1000 orang belia telah hadir ke sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak ini.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#HariBeliaNegara
#MenggerakBelia

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-05-2026, 17:24:05

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search