- JBS Sarawak
- Hits: 31
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGANJURAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI BILANGAN 2 TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 31
Disediakan Oleh : Abdul Rani, JBSN Sarawak
Sarikei, 21 Mei 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Sarikei Bilangan 2 Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat 3, Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei bagi membincangkan persiapan dan penyelarasan pelaksanaan program liga sukan komuniti yang bakal berlangsung di Bahagian Sarikei pada 13 Jun 2026.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBrs. En Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan dihadiri oleh ahli- ahli jawatankuasa. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk jadual pertandingan, persediaan tempat, aspek keselamatan, penyertaan peserta serta pengagihan tugas kepada jawatankuasa yang telah dilantik.
Penganjuran Liga Sukan Komuniti ini bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan masyarakat, menggalakkan gaya hidup sihat serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan belia dan komuniti setempat. Selain itu, program ini turut menjadi platform bagi merapatkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum melalui aktiviti sukan.
Dalam mesyuarat tersebut, semua pihak yang terlibat turut menyatakan komitmen dan kerjasama penuh bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2026 dijangka mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada pelbagai kawasan sekitar Bahagian Sarikei dan akan melibatkan tiga acara sukan utama iaitu bola tampar, futsal dan bola jaring. Semoga program ini berjalan dengan lancar dengan jayanya.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
