KURSUS KAYAK STAR ONE 2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

KURSUS KAYAK STAR ONE 2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 24 MEI 2026 - Kursus Asas Kayak Star One 2026 Peringkat Sarawak yang berlangsung selama tiga hari di Tasik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bermula 22 hingga 24 Mei 2026. Objektif program ini diadakan bagi tujuan pendedahan berkaitan logistik kayak, cara pengendalian kayak, kemahiran asas kayak serta langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti kayak.

Para peserta didedahkan dengan pelbagai modul latihan praktikal intensif termasuk teknik ‘self-rescue’ dan ‘buddy rescue’, latihan apungan berkumpulan serta penguasaan teknik kayuhan yang efisien bagi memastikan kestabilan dan kawalan kayak di perairan

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan serta Encik Awgku Adi Azwan Bin Awgku Bolhassan, Unit Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Encik Majais Bin Bujang, Pengerusi Kanu Sarawak selaku Ketua Jurulatih Kursus ini.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search