- JBS Sarawak
- Hits: 37
SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT SARAWAK MERIAH, BUKTI PENYATUAN ANAK MUDA
- JBS Sarawak
- Hits: 37
Disediakan oleh : NL
SAMARAHAN, 23 Mei 2026 – Sambutan Festival Belia dan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 berlangsung dengan penuh meriah dalam suasana gilang-gemilang bertempat di REDEEMS Centre, Kampung Singgai, di sini baru-baru ini.
Majlis perasmian festival yang menghimpunkan ribuan anak muda dari seluruh pelosok negeri itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol.
Selain pengisian pelbagai aktiviti menarik, tumpuan acara turut terarah kepada kelancaran pengendalian majlis rasmi yang dikendalikan oleh gandingan pengacara berpengalaman.
Pembantu Belia dan Sukan dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, Puan Norliati Binti Li, sekali lagi diberi kepercayaan tinggi untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara rasmi majlis berkenaan.
Beliau mengendalikan acara protokol tersebut bersama rakan gandingannya, Encik Yaman Bin Yahya, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan Orang Kurang upaya
sekali gus memastikan keseluruhan tentatif program berjalan lancar dan teratur.
Festival tahunan ini bertindak sebagai platform utama kementerian dalam menyatukan golongan muda menerusi pelbagai aktiviti kepimpinan, keusahawanan, sukan, dan kebudayaan, selain memperkasa potensi belia Sarawak demi kemajuan negara.
Turut hadir memeriahkan sambutan tersebut ialah barisan kepimpinan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, ketua-ketua masyarakat, serta wakil pertubuhan belia tempatan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#PBSBSamarahan
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
