- JBS Sarawak
- Hits: 42
MESYUARAT PERLARASAN PROGRAM LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) BAHAGIAN LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 42
Disediakan oleh: HWH , JBSN Sarawak
LIMBANG, 22 MEI 2026 – Isnin lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Perlarasan Liga Sukan Komuniti(LSK) Peringkat Bahagian Limbang 2026 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Penerangan Bahagian Limbang. Program LSK anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan di bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas dan Sihat.
Antara acara sukan yang dipertandingkan pada tahun ini ialah Futsal, Bola Tampar dan Bola Jaring. Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang Encik Rynnille Elsther Peter berkata penganjuran seperti ini harus diteruskan bagi mengalakan masyarakat menjalani cara hidup sihat dan tidak mendorong kepada gejala yang tidak bermoral.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
