Program Senamrobik (Senam Cergas) ITFC Tahun 2026 Anjuran Kelab Sukan Kecergasan Indai Tai Saratok

Program Senamrobik (Senam Cergas) ITFC Tahun 2026 Anjuran Kelab Sukan Kecergasan Indai Tai Saratok

Disediakan oleh : Az, JBSNS 

BETONG, 22 Mei 2026 – Kelab Sukan Kecergasan Indai Tai Saratok telah menganjurkan Program Senamrobik (Senam Cergas) ITFC Tahun 2026 pada 21 Mei 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Saratok Oil Palm Estate. Program tersebut telah disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK).

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut antaranya senam cergas serta sukaneka bersama ahli kelab, peserta dan para pengunjung. Turut hadir dalam program tersebut ialah Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong yang turut menyampaikan ucapan tahniah kepada semua peserta yang menjayakan program. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Kelab Sukan Kecergasan Indai Tai Saratok atas usaha aktif mereka dalam membangunkan sukan komuniti serta memberikan impak positif kepada masyarakat setempat. 

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search