- JBS Sarawak
- Hits: 50
Bengkel Refresher Pemimpin Bertauliah Anugerah Remaja Perdana (ARPRM) Peringkat Negeri Sarawak 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 50
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 21 MEI 2026: Bengkel Refresher Pemimpin Bertauliah Anugerah Remaja Perdana (ARPRM) Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah diadakan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak (KOMBES).
Bengkel yang berlangsung selama dua hari dan di sertai seramai 37 orang perserta dari seluruh negeri Sarawak telah memberi impak positif kepada para peserta. Pada sesi bengkel tersebut para peserta telah didedahkan dengan konsep pelaksanaan serta penggunaan sistem ARPRM dan d diakhiri dengan sesi ujian bagi melayakkan peserta mendapat sijil Pentauliahan sebagai pemimpin ARPRM.
Turut hadir bagi menjayakan bengkel, Ybhg. Dr. Yasmin Yaccob Ketua Jabatan Falkuti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Putra Malaysia Sarawak dan Puan Qaisarah Abdullah, Guru Kanan Bahasa, Sekolah Menengah Sains Kuching selaku penceramah bengkel serta semua pegawai dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBS Negeri Sarawak.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
