- JBS Sarawak
- Hits: 20
Kelab Rakan Muda Mampu Tingkatkan Penglibatan Golongan Muda Bersama Komuniti Setempat
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 21 MEI 2026 – Kelab Rakan Muda Mukah bakal ditubuh dan didaftar di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia bagi merancakkan pelaksanaan aktiviti belia di Mukah. Perbincangan untuk menubuh dan mendaftar kelab tersebut telah berlangsung di Pejabat Pentadbiran Sarawak Skills Mukah pada 13 Mei 2026. Pejabat bersama jawatankuasa penaja kelab telah membuat semakan akhir dokumen berkaitan untuk dihantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia bagi tujuan pendaftaran.
Kelab Rakan Muda Mukah ini ditubuh bertujuan untuk menggerak aktif komuniti di daerah Mukah terutama golongan belia dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan setempat. Selain itu, penubuhan kelab ini juga mampu meningkatkan pembangunan belia dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi. Hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah sebagai pemudah cara bagi pendaftaran kelab ialah Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Puan Noorlina Mirais, Pegawai Unit Pembangunan Belia.
