- JBS Sarawak
- Hits: 26
SESI PERBINCANGAN BERSAMA KELAB BADMINTON BELETEH
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan Oleh : MCG,PBSBKAPIT
KAPIT, 20 Mei 2026 - Satu sesi perbincangan dan penerangan berkaitan Dana Sukan Komuniti telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit bersama Kelab Badminton Beleteh bagi memberi penjelasan mengenai syarat permohonan, pelaksanaan program serta tatacara penyaluran bantuan. Sesi tersebut turut menjadi platform perkongsian idea dalam memperkasakan pembangunan sukan komuniti di kawasan setempat.
Hadir mewakili kelab ialah Abu Bakar Bin Othman selaku Pengerusi Kelab dan Awang Mohd Lufti Bin Haironi selaku Setiausaha Kelab. Diharapkan sesi ini dapat membantu kelab dalam merancang program sukan yang lebih aktif serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.
#MalaysiaMadani
#JBSNKomited
#TeamKBS
#pbsbkapit
