- JBS Sarawak
- Hits: 36
HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026 DISAMBUT MERIAH DI SMK KAPIT NO. 2
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan: MCG,PBSBKAPIT
KAPIT, 15 Mei – Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Kapit 2026 telah berlangsung dengan meriah di SMK Kapit No. 2 hari ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Nawang Anak Budi Pengetua SMK Kapit No. 2 dan turut diiringi oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia Anak Kaminis. Sambutan dimulakan dengan ucapan daripada Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit yang menekankan kepentingan peranan belia dalam pembangunan masyarakat serta usaha melahirkan generasi muda yang aktif, berdaya saing dan bersatu padu.
Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh pengetua sekolah sebelum simbolik perasmian Hari Belia Negara dilaksanakan.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program tersebut antaranya servis minyak motosikal secara percuma, pertandingan aerobicton serta cabutan bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Kapit 2026.
#MalaysiaMadani
#JBSNBersama
#JBSNKomited
#pbsbkapit
