- JBS Sarawak
- Hits: 36
SARAWAK AEROBIG DAY KEMBALI LAGI, AYUH WARGA MIRI!
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 20 Mei 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menerima kunjungan daripada BANTU Sarawak dalam usaha membincangkan penganjuran acara komuniti Sarawak AeroBig Day 2026 yang dijadualkan pada 27 September 2026 di bangunan Majlis Bandaraya Miri.
Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh Encik Roley Anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri. Selain perbincangan berkaitan perancangan acara, pihak BANTU Sarawak turut membentangkan pencapaian penganjuran Sarawak AeroBig Day yang terdahulu.
Program anjuran BANTU Sarawak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ini merupakan sebahagian daripada Project Noah’s Ark, iaitu inisiatif kebajikan berteraskan komuniti bagi membantu masyarakat di seluruh Sarawak melalui aktiviti kesihatan dan sukan.
Penyertaan bagi program ini kini telah dibuka di media sosial AeroBig Day. Orang ramai, khususnya warga Miri, dijemput untuk menyertai dan memeriahkan Sarawak AeroBig Day 2026!
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
