- JBS Sarawak
- Hits: 26
PBSB MIRI BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA MENDIANG LINEKA MUSA
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 19 Mei 2026– Warga kerja PBSB Miri telah hadir bersama ahli Persatuan Belia Kristian Rhema (PBKR) untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lineka Musa, Naib Pengerusi PBKR di kediaman beliau.
Mendiang Lineka Musa yang berusia 28 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di rumah beliau, semalam. Jenazah mendiang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan BEM Daerah Miri pada hari Khamis ini. Mendiang merupakan individu penting dalam membangunkan PBKR sejak tahun 2015 dan aktif dalam aktiviti belia, sukan dan kesukarelawanan di bawah Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri.
Warga kerja PBSB Miri mengucapkan salam takziah dan semoga keluarga mendiang dikurniakan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
