- JBS Sarawak
- Hits: 24
KUNJUNGAN HERBALIFE KE PBSB MIRI, RAKAN KOLABORASI BIGGEST LOSER KBS 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 19 Mei 2026 – Semalam PBSB Miri telah menerima kunjungan Herbalife, rakan kolaborasi Biggest Loser KBS 2026 Peringkat Negeri Sarawak bagi membincangkan aktiviti yang bakal dilaksanakan pada sesi ke-5 bersama para peserta program.
Selaku rakan kolaborasi program, Herbalife menyokong peserta di seluruh negara dalam perjalanan penurunan berat badan mereka melalui pemakanan pintar dan perubahan gaya hidup mampan serta memperkasakan peserta dengan pengetahuan pemakanan praktikal berasaskan sains.
Pelaksanaan program ini merupakan salah satu inisiatif dalam membudayakan amalan hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan pengurusan berat badan secara berterusan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
