- JBS Sarawak
- Hits: 29
SESI LATIHAN KECERGASAN 4 - BIGGEST LOSER KBS 2026 NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 18 Mei 2026 - Sesi Latihan Kecergasan 4 bagi Program Pertandingan Biggest Loser KBS 2026 Peringkat Negeri Sarawak kali ini membawa para peserta menjalani latihan sirkuit senaman berat badan yang dikendalikan oleh Encik Spencer Biondy Raymond Ramba di Miri Sentral.
Encik Spencer Biondy memperkenalkan beberapa jenis senaman berat badan kepada para peserta. Senaman berat badan ialah bentuk latihan kekuatan yang menggunakan berat badan anda sendiri sebagai rintangan dan bukannya peralatan tambahan. Ia sangat fleksibel dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa memerlukan sebarang kos gimnasium.
Pelaksanaan program ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kesihatan fizikal, malah turut memberi motivasi kepada peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan. Sesi seterusnya bagi Program Biggest Loser ini akan diteruskan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian sebagai kesinambungan usaha ke arah mencapai matlamat program.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
