- JBS Sarawak
- Hits: 2
MRSM Mukah Meriahkan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 2
Disediakan oleh : Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 20 MEI 2026 – Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2026 melibatkan penyertaan 255 orang pelajar telah diadakan pada 16 Mei 2026 bertempat di Dewan Setia Raja Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama MRSM Mukah dan Kelab Belia Progresif Pekan Balingian telah dirasmikan oleh Encik Mohammad Gahffari bin Hamdan, Pengetua MRSM Mukah.
Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2026 dilaksanakan dengan pengisian pelbagai aktiviti bagi menghargai sumbangan golongan belia dalam pembentukan negara bangsa. Antara aktiviti yang dilaksanakan sebagai pengisian kepada program ialah Ikrar Belia Malaysia, Pertandingan Futsal dan Sepak Takraw Lelaki, Aktiviti Zumba bagi pelajar wanita dan Sukan Rakyat. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada MRSM Mukah atas kejayaan penganjuran program bersama pejabat.
