- JBS Sarawak
- Hits: 31
GIATMARA Mukah Sahut Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 31
Disediakan oleh : Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 20 MEI 2026 – GIATMARA Mukah menyahut Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara 2026 dengan melaksanakan aktiviti Ikrar Belia Malaysia kepada semua pelatih yang menjalani latihan di sana pada 8 Mei 2026. Ikrar tersebut dilaksanakan bagi menyuntik semangat para belia yang menuntut di GIATMARA Mukah terus fokus dan bersemangat dalam menuntut ilmu di pelbagai peringkat terutama dalam bidang kemahiran.
Belia merupakan nadi kekuatan negara pada masa akan datang dan kepelbagaian kategori belia serta tahap pendidikan mereka perlu diraikan. Aktiviti Ikrar Belia Malaysia sebagai salah satu pengisian wajib dalam Semarak Belia dapat menaikkan semangat golongan belia dalam memotivasikan pembangunan sahsiah diri mereka. Pejabat mengucapkan tahniah atas usaha GIATMARA Mukah dalam menyokong Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara 2026.
