- JBS Sarawak
- Hits: 61
Sambutan Semarak Belia Peringkat Bahagian Kuching, Serderhana Tetapi Meriah
- JBS Sarawak
- Hits: 61
Sambutan Semarak Belia Peringkat Bahagian Kuching, Serderhana Tetapi Meriah
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 20 Mei 2026 – Pada 15 Mei 2026 yang lalu, PBSB Kuching dengan kerjasama Kelab Belia Prihatin Bandar Kuching dan pihak Universiti Kolej i-CATS, Kuching telah melaksanakan Sambutan Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Kuching 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Tan Sri Aziz Universiti Kolej i-CATS, Kuching.
Sambutan Semarak Belia ini merupakan salah satu platform untuk menyemarakkan lagi suasana dan bahang Hari Belia Negara 2026. “Menggerak Belia” dipilih sebagai tema Hari Belia Negara 2026 yang menggambarkan peranan belia sebagai pemacu utama pembangunan Negara. Sambutan Semarak Belia Peringkat Bahagian Kuching disambut secara sederhana tetapi meriah dengan penglibatan lebih daripada 500 orang peserta. Program dimulakan dengan bacaan doa, tayangan video, bacaan ikrar dan seterusnya aktiviti Malaysia Aktif (pertandingan aerobik individu) dan Segmen Kebudayaan, Kesenian dan Muzik (cipta irama sendiri berkumpulan dan pertandingan a ram sam sam)
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#MADANISihat
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanAktif
#RakanMuzik
