Program RYTHM - Ritma Kehidupan Harmoni, Sukarelawan Belia Dalam Perkhidmatan Kebajikan

Program RYTHM - Ritma Kehidupan Harmoni, Sukarelawan Belia Dalam Perkhidmatan Kebajikan

Disediakan oleh : Az, JBSN Sarawak 

BETONG, 18 Mei 2026 - Program Rythm - Ritma Kehidupan Harmoni, Sukarelawan Belia Dalam Perkhidmatan Kebajikan telah diadakan pada 17 Mei 2026 bertempat di Dewan Millenia Debak. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. 

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohammad Razi bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Merangkap ADUN N.35 Saribas. Turut hadir ialah YB Dato Dr.Richard Rapu @ Aman anak Begri, Ahli Parlimen P.204 Betong, Encik Mohd Ali bin Taip, Timbalan Pengarah Persekutuan, JKMNS serta Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. 

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program tersebut, antaranya senam sihat, sesi ice breaking serta sukaneka yang melibatkan warga emas bersama belia dan sukarelawan kebajikan Betong.

Semoga dengan program ini dapat memperkukuh semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia di samping memupuk nilai perpaduan, kepedulian sosial serta hubungan harmoni antara generasi muda dan warga emas dalam komuniti setempat.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search