- JBS Sarawak
- Hits: 34
Pelaksanaan Bengkel Canva Dan Penyediaan Penyuntingan Video Tahun 2026 Peringkat Bahagian Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 20 MEI 2026: Bengkel Canva dan Penyediaan Penyuntingan Video Tahun 2026 Peringkat Bahagian Bintulu telah dilaksanakan pada Sabtu lepas bertempat di Bilik Kuliah 2, UPM Sarawak dengan penyertaan yang menggalakkan daripada golongan belia dan peserta sekitar Bahagian Bintulu.
Program yang diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan aplikasi Canva serta asas penyuntingan video bagi membantu menghasilkan bahan promosi dan kandungan digital yang lebih kreatif dan berkualiti.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta diberikan pendedahan berkaitan teknik asas reka bentuk grafik menggunakan Canva termasuk penyediaan poster, bunting dan kandungan media sosial. Selain itu, peserta turut mempelajari kaedah penyuntingan video seperti pemotongan klip, penggunaan audio, transisi serta penyusunan visual yang menarik.
Penceramah dan fasilitator bengkel turut berkongsi pelbagai tips dan teknik penghasilan kandungan digital yang efektif bagi membantu peserta mengembangkan kreativiti serta meningkatkan kemahiran dalam bidang multimedia dan komunikasi digital.
Pelaksanaan bengkel ini juga diharap dapat melahirkan lebih ramai golongan belia yang celik teknologi dan mampu menghasilkan kandungan kreatif untuk kegunaan program, organisasi serta aktiviti komuniti setempat.Program diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penghargaan dan sesi bergambar sebagai kenangan bersama semua peserta dan urus setia program.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
