- JBS Sarawak
- Hits: 40
Sambutan Sempena Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Betong
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Disediakan oleh : Az, JBSN Sarawak
BETONG, 18 Mei 2026 – Sambutan Sempena Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Betong telah diadakan pada 15 Mei 2026 bertempat di Maktab Rendah Sekolah Menengah Betong. Dua segmen telah dilaksanakan iaitu kepimpinan dan kesukarelawanan dan kebudayaan, kesenian dan muzik.
Bagi segmen kepimpinan dan kesukarelawan, satu sesi cemarah telah disampaikan oleh Dr Maizatin Fitrah binti Akbar, Pegawai Pergigian RTC Mid Layar yang bertajuk belia berilmu pemangkin masa depan negara. Ceramah tersebut menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan semangat kesukarelawanan dalam membentuk belia yang berkualiti serta berdaya saing.
Selain itu, bagi segmen kebudayaan, kesenian dan muzik turut berjaya menarik perhatian para peserta. Pertandingan nyanyian karaoke yang diadakan menambahkan lagi kemeriahan suasana serta memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan bakat masing-masing.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para peserta serta individu yang terlibat dalam menjayakan program yang telah disampaikan oleh Cik Nurulzamzam bt Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Turut hadir memeriahkan program ialah Cik Nabila selaku Presiden Kelab Belia Komuniti Pekan Saratok, guru-guru dan kakitangan MRSM Betong serta ahli-ahli kelab KBKPS.
Pejabat Belia dan Sukan Betong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak MRSM Betong serta semua individu yang terlibat dalam menjayakan program ini.
