- JBS Sarawak
- Hits: 18
Bengkel Pengenalan Self Assessment Audit (SAA) Menggunakan Integrated Audit Report And Feedback Management System (iAREF)
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh : NM, JBSN Sarawak
BETONG, 19 Mei 2026 – Unit Audit Dalam, Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan Bengkel Pengenalan Self Assesment Audit (SAA) menggunakan Integrated Audit Report and Feedback Management System (iAREF) selama dua hari pada 13 hingga 14 Mei 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Podium B, Menara KBS. Seramai 120 peserta wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dari Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah, dan Wilayah Persekutuan telah menghadiri bengkel tersebut.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Aminullah bin Asnawar, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Audit Dalam dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Objektif bengkel ini diadakan untuk memastikan PTJ tahu bagaimana melaksanakan penilaian kendiri secara teratur berserta dokumen sokongan yang sah bagi menyeragamkan pelaporan melalui Modul SAA dalam Sistem Digital (iAREF). Puan Norfatihah binti Moh, Pembantu Tadbir (P/O) turut hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
