- JBS Sarawak
- Hits: 43
Big Aerodance Kembali Lagi menggegarkan Bandar Bintulu Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 43
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 20 MEI 2026: Satu sesi taklimat berkaitan pelaksanaan program Aero Bigday yang bakal diadakan pada 04 Oktober 2026 antara jawatankuasa pelaksana bersama pihak pejabat bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu pada 14 Mei 2026 yang lalu.
Perbincangan dan pertemuan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara pihak pejabat selain memastikan program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Antara intipati yang dibincangkan termasuk lokasi program, penyertaan peserta, atur cara pelaksanaan serta aspek keselamatan dan promosi.
Encik Jeremy Anak Luguh, Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu turut menyatakan sokongan terhadap penganjuran program senamrobik sebagai salah satu inisiatif menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dan warga kerja. Program seperti ini juga dilihat mampu mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam komuniti.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
