- JBS Sarawak
- Hits: 30
Majlis Gawai Peringkat Daerah Bintulu 2026 Segulai Sejalai Niti Daun
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan Oleh: Everlyn anak Morgan
BINTULU, 20 MEI 2026: Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri bagi Acara Niti Daun sempena Sambutan Hari Gawai Dayak Peringkat Daerah Bintulu Tahun 2026 yang akan berlangsung di Esplanade Bintulu pada 16 Mei 2026.
Dalam penjurian tersebut, saudari Everlyn Anak Morgan telah terpilih sebagai salah seorang juri bersama dua lagi panel penilai lain bagi memastikan acara berlangsung dengan teratur, adil dan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
Acara Niti Daun merupakan salah satu pengisian utama Sambutan Hari Gawai Dayak Peringkat Daerah Bintulu yang menghimpunkan pelbagai kontinjen daripada agensi kerajaan, persatuan serta komuniti setempat bagi memeriahkan sambutan kebudayaan masyarakat Dayak di daerah ini.
Pemilihan saudari Everlyn Anak Morgan sebagai juri dilihat sebagai satu pengiktirafan terhadap komitmen dan penglibatan aktif beliau dalam program kemasyarakatan serta pembangunan belia di Bahagian Bintulu. Diharapkan penugasan ini dapat memperkukuhkan lagi semangat kerjasama antara agensi serta memeriahkan sambutan Hari Gawai Dayak tahun ini.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
