- JBS Sarawak
- Hits: 32
Taklimat Belia Bebas Hutang @Rakan Mahir Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 32
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 20 MEI 2026: Satu taklimat Belia Bebas Hutang @ Rakan Mahir telah diadakan pada selasa lalu melalui platform atas talian google meet. Program ini berbentuk seminar atau bengkel interaktif yang akan dijalankan selama satu (1) hari yang memberi fokus kepada literasi kewangan belia khususnya dalam aspek pengurusan hutang, perancangan kewangan berhemat serta perlindungan risiko dan persediaan persaraan.
Objektif program tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada belia mengenai literasi kewangan, meningkatkan pemahaman dan Kemahiran belia dalam perancangan kewangan serta memupuk tabiat belia dalam pengurusan kewangan jangka panjang dalam memastikan belia bebas daripada hutang tidak terkawal.
Diharap dengan adanya program yang bakal diadakan seperti ini sedikit sebanyak memberikan kesedaran dan kepentingan pengurusan kewangan dalam kehidupan untuk menghindari belia terperangkap dalam hutang yang boleh membebankan hidup belia pada masa akan datang.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
