- JBS Sarawak
- Hits: 35
PEMIMPIN ARPRM NEGERI SARAWAK DIPERKASA MELALUI KURSUS REFRESHER
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Disediakan Oleh : ZLP, JBSN Sarawak
KUCHING, 17 Mei 2026 – Kursus Refresher Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sarawak 2026 berjaya menghimpunkan pemimpin ARPRM seluruh negeri Sarawak bagi memperkukuh peranan pemimpin ARPRM dalam memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan peserta diperingkat akar umbi. Kursus ini telah diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak pada 16 – 17 Mei 2026.
Penganjuran kursus ini memberi fokus kepada pengukuhan kefahaman peserta terhadap konsep dan falsafah ARPRM, peranan pendaftar badan operasi, pengurusan dokumentasi penyertaan, penggunaan sistem ARPRM, semakan pentauliahan serta pelaksanaan latihan berkumpulan bagi meningkatkan kompetensi dan keberkesanan pemimpin.
Selain menjadi medan perkongsian ilmu dan pengalaman, kursus tersebut turut berperanan memperkasa pemimpin ARPRM agar terus relevan sebagai pemangkin pembangunan belia serta agen penyampaian maklumat sahih kepada masyarakat di peringkat komuniti.
Hadir menyertai kursus ini ialah En. Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, En. Zulfadhli Leonardo Paneda, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei bersama Puan Wong Ling Hoe, Pemimpin ARPRM SMK Sg Paoh Sarikei sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh pembangunan dan kepimpinan belia menerusi platform ARPRM di negeri ini.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
