- JBS Sarawak
- Hits: 40
KEJOHANAN TAEKWONDO SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Disediakan Oleh: Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 15-17 Mei 2026: Satu Kejohanan Taekwondo Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2025 di bawah peruntukan Dana Sukan Komuniti daripada Kementerian Belia dan Sukan yang telah diadakan di Dewan SMK Tinggi Sarikei dikelolai oleh Kelab Taekwondo Ling Ling Sarikei. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Michael anak Mpulop, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei dan tetamu kehormat mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Puan Jamaika binti Marciano.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan penganjur atas kejayaan penganjuran kejohanan ini yang berlangsung dengan penuh semangat dan meriah. Kejohanan ini berjaya mempamerkan sukan taekwondo yang sarat dengan elemen kemahiran, disiplin, ketahanan diri serta semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan para atlet muda.
Marilah kita bersama-sama terus memberikan sokongan dan semangat kepada atlet-atlet taekwondo muda kita agar terus cemerlang serta mampu mengharumkan nama daerah, negeri dan negara pada masa akan datang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
