- JBS Sarawak
- Hits: 19
SEMANGAT BELIA TERUS BERKOBAR: EMPAT SEKOLAH MENENGAH MERADONG JAYAKAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 15 Mei 2026 : Bersempena Semarak Hari Belia Negara Tahun 2026, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah bekerjasama bersama Pejabat Pendidikan Daerah Meradong dan Kelab Belia Pekan Bintangor yang bertempat di SMK Bandar Bintangor selaku tuan rumah program. Program tersebut bertujuan menyemarakkan suasana dan bahang Sambutan Hari Belia Negara peringkat akar umbi dan satu penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak Kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan negara. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Nasaruddin Bin Ibrahim (Timbalan PPD Sektor Perancangan) Pejabat Pendidikan Daerah Meradong.
Ikrar Belia Malaysia menjadi intipati utama program yang dikendalikan oleh Iqmal Khaizal bin Sharbini, Pengerusi Kelab Belia Pekan Bintangor. Pengisian aktiviti berteraskan 2 Segmen Hari Belia Negara sebagai segmen utama seperti Segmen Segmen Malaysia Aktif: Fit Bersama Belia (Senamrobik) dan Segmen Kebudayaan, Kesenian dan Muzik (Pertandingan Menari: Tema Bebas).
Sambutan Semarak Hari Belia Negara berlangsung dengan sangat meriah hasil semangat dan komitmen tinggi para guru serta pelajar dalam memeriahkan suasana program. Penyertaan aktif dan kerjasama erat daripada semua pihak jelas mencerminkan semangat belia yang positif dan bersatu padu selaras dengan tema “Menggerak Belia”.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan terbaik, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan program ini dengan penuh cemerlang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
#menggerakbelia
