- JBS Sarawak
- Hits: 8
FLOORBALL PERKENAL POTENSI BAHARU SUKAN BELIA SARAWAK MELALUI PROGRAM PERINGKAT NEGERI 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 16 Mei 2026- Program Pengenalan Sukan Baharu Floorball Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Arena Sukan dari pelbagai latar belakang. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ini bertujuan memperkenalkan sukan floorball sebagai salah satu sukan baharu yang berpotensi berkembang dalam kalangan belia dan masyarakat di negeri ini.
Program tersebut turut mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Encik Taqiuddin Izzat serta Encik Muizzuddin Bin Fared daripada Persatuan Floorball Malaysia yang berkongsi ilmu berkaitan asas permainan, teknik serta pengendalian pertandingan floorball.
Selain memberi pendedahan kepada peserta, program ini juga diharap dapat membuka peluang pembangunan dan pengembangan sukan floorball di Sarawak sekali gus melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa hadapan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
