- JBS Sarawak
- Hits: 8
PELAKSANAAN 4 SEGMEN MEMERIAHKAN SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 14 MEI 2025 – Bertemakan ‘Menggerak Belia’, program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Bahagian Miri menampilkan pelbagai aktiviti menarik berdasarkan 4 segmen yang disertai lebih 600 orang belia Miri di ADTEC JTM Kampus Miri, semalam. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Juh Beloyar Sukarelawan, Seminar Peluang Dan Penciptaan Pekerjaan Bersama Perkeso, Sukaneka, Klinik Memperkenalkan Sukan Pickleball dan INTRIM Got Talent. Dengan semangat “Menggerak Belia”, program ini menjadi platform terbaik untuk belia berkumpul, berinteraksi, mencungkil potensi diri dan membina jaringan ke arah masa depan yang lebih aktif, kreatif dan berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ADTEC JTM Kampus Miri dan Persatuan Belia Kristian Rhema selaku rakan kerjasama program, Pejabat Perkeso Miri, Persatuan Pickleball Miri dan Majlis Perwakilan Pelajar ADTEC JTM Kampus Miri di atas kerjasama yang padu dalam pelaksanaan program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Miri 2026.
