- JBS Sarawak
- Hits: 19
KLAS Renang Kanak-Kanak B40 Mendapat Sambutan Yang Menggalakkan
- JBS Sarawak
- Hits: 19
KLAS Renang Kanak-Kanak B40 Mendapat Sambutan Yang Menggalakkan
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 13 Mei 2026 – Seramai 40 peserta kanak-kanak B40 telah menyertai Kelas Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang yang telah dianjurkan oleh PBSB Kuching dengan kerjasama Kelab Renang Power Aquatics Kota Samarahan di kolam renang Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. KLAS ini bermula 9 hingga 24 Mei 2026.
Fokus utama KLAS Renang ini, memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai kemahiran asas renang secara selamat dan teratur serta mengajar teknik keselamatan air bagi mengurangkan risiko kemalangan lemas. Setiap kali program ini dilaksanakan, sambutan penyertaan amat menggalakkan, dan lokasi pelaksanaan telah diperluaskan ke bahagian-bahagian yang mempunyai kemudahan kolam renang.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#MADANISihat
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanAktif
