- JBS Sarawak
- Hits: 6
Lahirkan Kreator Kandungan Bijak: Bengkel TikTok @Belia Sarawak Capai Matlamat
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan oleh : I.U, JBSN Sarawak
KUCHING, 9 Mei 2026– Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah berjaya menganjurkan Bengkel TikTok @Belia Sarawak 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Program bermatlamat memperkasakan kemahiran digital anak muda ini telah dihadiri oleh seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia tempatan.
Sesi perkongsian ilmu telah dikendalikan oleh Puan Sulastri binti Putit, pensyarah pakar daripada Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan 2. Sepanjang bengkel, peserta didedahkan dengan teknik penghasilan kandungan kreatif, algoritma terkini, serta strategi penjenamaan diri secara positif di media sosial.
Penganjuran inisiatif ini membuktikan komitmen jabatan dalam memastikan belia Sarawak tidak ketinggalan dalam arus pemodenan teknologi, sekali gus melahirkan komuniti digital yang berdaya saing dan berilmu dalam memanfaatkan platform siber.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
