- JBS Sarawak
- Hits: 6
Lawatan Kelab Sukan dan Kebajikan JANM Miri ke PBSB Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 12 MEI 2026 – Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Miri telah mengadakan lawatan ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri pada 11 Mei 2026.
Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Mohd Nazri bin Hassan, Pengarah JANM Cawangan Miri, bersama Pengerusi Kelab, Encik Mohamad Syukri bin Bosri, serta diiringi oleh rombongan ahli kelab. Ketibaan rombongan telah disambut oleh Encik Roger Danny, Unit Pembangunan Sukan.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan sokongan serta khidmat nasihat berhubung penganjuran aktiviti sukan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JANM Miri (KESAN JANM Miri). Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama strategik bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta mendapatkan maklumat lanjut berkaitan peluang pelaksanaan program sukan pada masa akan datang.
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasa penganjuran program sukan dan kebajikan di peringkat organisasi serta komuniti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
